Kerjasama KPWKM dan MBM rangka program belia

Kerjasama KPWKM dan MBM rangka program belia

RINA Mohd. Harun berbincang dengan pimpinan Majlis Belia Malaysia diketuai Pengerusinya, Mohd Fairos Rusli dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita & Keluarga Majlis Belia Malaysia, Ruby Chow Heng Yee mengenai kerjasama yang akan dilaksanakan untuk memperkasakan belia wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia untuk merangka beberapa program yang bakal memberi impak kepada golongan belia wanita di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, program-program tersebut perlu memberi manfaat kepada golongan belia wanita termasuk dalam sudut keusahawanan, kerjaya, pengukuhan sistem keluarga, sokongan kesihatan dan galakan kepada program kebajikan dan kesukarelawan.

RINA Mohd. Harun bergambar bersama barisan kepemimpinan Majlis Belia Negara di pejabatnya di Petaling Jaya, hari ini. – UTUSAN

“Golongan belia perlu dilibatkan secara aktif dalam pembangunan negara dan kesejahteraan keluarga. Mereka mempunyai idea, semangat yang membara untuk sama-sama menggalas tanggungjawab membangun negara.

“Justeru penglibatan secara proaktif akan dimulakan supaya belia-belia wanita khususnya menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kesejahteraan keluarga,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan Majlis Belia Negara di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rina berkata, kementeriannya menerusi agensi-agensi seperti Lembaga Pembangunan Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan digerakkan untuk pelaksanaan program-program tersebut.

Beliau berkata, sudah masanya untuk belia wanita diperkasakan menerusi program-program yang sangat bermanfaat kepada mereka.

“Belia adalah pewaris kepemimpinan masa akan datang, maka pemerkasaan belia terus menjadi sebahagian agenda utama negara,” katanya.

Beliau berkata, perubahan aliran pemikiran belia masa kini perlu diselami dan difahami oleh generasi terdahulu agar idea-idea belia dapat didengari dan dihayati dengan baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN