Kerajaan didakwa gagal kawal kenaikan harga barang

Kerajaan didakwa gagal kawal kenaikan harga barang

SEKUMPULAN penyokong Amanah yang terdiri daripada Pemuda Amanah Selangor mengadakan aksi rasa kilas untuk membantah kegagalan kerajaan mengawal harga barang dekat hadapan sebuah hotel di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, semalam. - FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kenaikan harga barangan keperluan termasuk makanan mentah mutakhir ini sepatutnya mampu dikawal kerajaan yang didakwa mempunyai kedudukan kukuh untuk berbuat demikian.

Malah, kerajaan juga dikatakan tidak wajar menyatakan alasan seperti kesukaran mengawal kartel, kelewatan penghantaran oleh pembekal dan kos makanan ternakan sehingga menyebabkan kenaikan harga mendadak dan tidak stabil.

DANIAL AL RASHID HARON

Menurut Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Danial Al Rashid Haron, kerajaan mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan mempertikaikan kedudukan puluhan menteri dan timbalan menteri sehingga keadaan tersebut menekan rakyat.

“Semua orang mungkin tidak sedar tentang perkara ini, bila ada masalah kesempitan lagi berlaku masalah lain. Harga barang sebenarnya boleh dikawal, kerajaan berada di kedudukan yang kukuh untuk melaksanakan sesuatu. 

“Mana kuasa kerajaan hari ini dengan puluhan menteri dan timbalan menteri? Ada kementerian yang ada dua timbalan menteri. Jadi kita nak tuntut satu tindakan dari kerajaan iaitu mengawal harga barang. Kalau harga ayam naik harga barang lain juga naik,” katanya.

Jelasnya lagi, kenaikan harga barangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat dalam kumpulan B40, bahkan rantaiannya turut menyebabkan golongan M40 terbabit sama.

Semalam, kira-kira 30 penyokong Amanah negeri ini mengadakan aksi rasa kilas (flash mob) dekat hadapan sebuah hotel di Seksyen 9 dengan membawa plakat bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan berhubung isu kenaikan harga barang tidak terkawal.

Aksi tersebut dilakukan berhampiran jalan utama dan persimpangan di Persiaran Kayangan-Persiaran Masjid untuk menarik perhatian orang ramai serta pengguna jalan raya. Dalam masa sama mengajak pemandu membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Dalam pada itu, Danial Al Rashid mendesak kerajaan menangani masalah tersebut dengan segera dan efektif atau menteri dan timbalan yang berkaitan meletakkan jawatan jika tidak mampu melaksanakannya.

“Kami di Pemudah Amanah dan seluruh rakan Amanah tampil membuat demonstrasi. Negeri lain juga laksanakan perkara sama untuk rakyat mendapatkan hak mereka. Dengan kesempitan pasca Covid-19 berlaku pula kenaikan harga barang 

“Kalau tidak mampu menyeri yang berkaitan letak jawatan dan beri kepada orang lain melaksanakannya. Paling utama yang patut mengambil tindakan adalah Perdana Menteri, Perdana Menteri sepatutnya ambil peranan, yang sepatutnya tahu keadaan rakyat sekarang,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN