Kemungkinan besar Pas kekal guna logo PN - Awang Hashim

Kemungkinan besar Pas kekal guna logo PN – Awang Hashim

AWANG Hashim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Tiada sebarang masalah seandainya Pas kekal menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) untuk memasuki gelanggang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), andai ia diputuskan Majlis Presiden kelak.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim tidak menolak logo PN akan digunakan parti itu seperti mana berlaku sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Ahli Parlimen Pendang itu berkata, beliau yakin logo PN yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan rakan komponen lain akan terus digunakan memandangkan masih terdapat banyak masa untuk ruang perbincangan memutuskan perkara tersebut.

“Kita dalam PN belum pun memuktamadkan lagi logo yang akan digunakan menjelang PRU15 nanti. Mesyuarat Majlis Presiden PN akan diadakan tidak lama lagi. Pada perbincangan inilah kita akan putuskan sama ada Pas menggunakan logo sendiri atau logo PN. Lagipun pilihan raya masih jauh lagi.

“Siapa cakap pilihan raya makin dekat? Setakat ini, tidak ada satu pengumuman yang tepat dan masih ada setahun lebih lagi sehingga September tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-25 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) di Selandar dekat sini hari ini.

Awang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan penggunaan logo Pas menjelang PRU15, memandangkan pelbagai pendapat diberikan pucuk pimpinan tertinggi parti itu yang dilihat tidak sehaluan.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin sudah mencadangkan bahawa parti itu perlu menggunakan logo sendiri pada PRU15.

Beliau berkata, penggunaan logo sendiri dijangka memberi kelebihan kepada calon Pas untuk menang kerana logo bulan sudah dikenali sejak 70 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.