Kementerian Kesihatan perkenal pelan strategik kawal penularan cacar monyet - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan perkenal pelan strategik kawal penularan cacar monyet

SIMPTOM cacar monyet.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan telah menyediakan pelan strategik bagi menghadapi risiko kemasukan cacar monyet atau monkeypox ke negara ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, antara pelan strategik yang dilancarkan termasuk memperkenal tatacara pengesanan dan notifikasi kes serta pengambilan sampel.

Beliau berkata, pelan lain termasuk siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat, dan pemantauan di pintu masuk antarabangsa seperti lapangan terbang.

“Malah, bermula 27 Mei lalu, kementerian telah menambah ‘Health Alert’ cacar monyet dalam aplikasi MySejahtera.

“Selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik cacar air atau dari negara yang sudah melaporkan kes cacar monyet akan menerima Health Alert tersebut.

“Health Alert itu adalah sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri jika ada apa-apa simptom berkaitan cacar monyet,” katanya menerusi aplikasi TikTok, semalam.

Beliau juga menasihatkan warga tempatan yang sedang melancong di luar negara terutama negara yang ada cacar monyet supaya sentiasa berwaspada.

Khairy berkata, rakyat Malaysia juga diminta melaporkan segera jika dijangkiti cacar monyet selain mengelak daripada aktiviti yang menyebabkan jangkitan cacar monyet.

Setakat ini katanya, tiada kes cacat monyet dilaporkan di Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN