Keluarga Dnars tampil buat laporan polis kedua

Keluarga Dnars tampil buat laporan polis kedua

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keluarga kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad membuat satu lagi laporan polis berhubung keraguan dalam urusan pertukaran nama salah sebuah syarikat milik usahawan itu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan tersebut  dibuat oleh ahli keluarga arwah pada Khamis lalu.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut apabila memperoleh dokumen tertentu untuk mengenal pasti sama ada tandatangan yang diturunkan itu sah atau sebaliknya.

“Kita akan menjalankan siasatan secara serentak dengan laporan yang turut dibuat oleh ahli keluarga Faziani sebelum ini.

“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK) menjalankan siasatan terhadap kedua-dua laporan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di IPK, di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi bagi laporan terbaharu yang dibuat oleh ahli keluarga arwah Faziani.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis Kelantan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung laporan yang dibuat oleh ahli keluarga arwah pada minggu lalu.

Muhamad Zaki berkata, siasatan mengenai kejadian dan kematian arwah Faziani dijalankan di bawah pihak berkuasa Thailand.

“Segala maklumat yang diperoleh akan diantar ke Wisma Putra dan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu siasatan pihak berkuasa di Thailand,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN