KASA peringkat akhir bincang kadar baharu tarif air - Utusan Malaysia

KASA peringkat akhir bincang kadar baharu tarif air

MANSOR Othman (kanan) menanam pokok bakau sempena Program Penanaman Bakau (GeoMangrove) di Kilim Karst Geoforest Park, Langkawi hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kini dalam peringkat akhir perbincangan mengenai kadar baharu tarif air sebelum dibawa ke peringkat Parlimen.

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, pihaknya sedang dalam rundingan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pemegang taruh.

Menurut beliau, semakan semula tarif air ketika ini menjadi satu tuntutan yang dibuat oleh operator air di seluruh negara.

“Ada beberapa sebab yang kita dapati perlunya semakan semula tarif air antaranya disebabkan permintaan semakin meningkat dan keduanya kos pengoperasian meningkat.

“Jadi semakan semula tarif air adalah perlu untuk menjamin keberkesanan pihak operator air di seluruh negara,” katanya selepas merasmikan Program Penanaman Bakau di Kilim Karst Geoforest Park, di sini hari ini.

Beliau berkata, kos-kos yang diperlukan bagi mengatasi masalah air tidak terhasil (NRW) juga perlu ditangani segera.

Tambahnya, KASA kini sedang berunding untuk mencari satu titik penyelesaian di antara operator air dan pengguna bagi menjaga kepentingan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN