ditahan

Kapal kargo Mongolia ditahan berlabuh secara haram 

KAPAL kargo dari Mongolia ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebuah kapal kargo dari Mongolia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd. Najib Sam berkata, kapal kargo yang tidak membawa sebarang muatan itu ditahan pada 11.15 pagi di kedudukan 21.8 batu nautika timur Tanjung Balau.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut dikendalikan tujuh kru lelaki termasuk nakhoda yang kesemuanya warga Myanmar berusia antara 24 hingga 56 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. 

“Bagaimanapun pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia. 

“Kapal seterusnya ditahan, manakala nakhoda serta seorang kru telah diturunkan dan dibawa ke pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili untuk tindakan lanjut. 

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, Maritim Malaysia akan terus meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan kapal-kapal dalam perairan negara sentiasa terjamin. 

Tambahnya, jika terdapat aduan atau maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, orang ramai boleh hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199404 yang beroperasi secara 24 jam atau MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN