Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut jatuh tingkat 10 - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut jatuh tingkat 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di sebuah kondominium di Dutamas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mayat mangsa ditemukan di tingkat tiga kondominium berkenaan.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Siasatan masih dijalankan dan makluman lanjut mengenai kejadian akan dimaklumkan,” katanya ringkas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya