LANGKAWI: Tun Dr. Mahathir Mohamad sedia mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi sekiranya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak memiliki calon lain untuk bertanding di situ. Bekas Perdana Menteri berkata, sudah ada cadangan yang diberi kepadanya agar beliau terus bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disebut-sebut akan diadakan pada tahun ini. Bagaimanapun, kata Dr. Mahathir, Pejuang sudah mempunyai beberapa nama untuk dicalonkan di Langkawi tetapi masih terlalu awal untuk didedahkan.…