Justpay, inisiatif Prasarana ke arah sistem pembayaran terbuka

Justpay, inisiatif Prasarana ke arah sistem pembayaran terbuka

APLIKASI justPay yang merupakan satu inisiatif baharu Prasarana ke arah sistem pembayaran secara terbuka akan dilaksanakan Rapid Bus Pulau Pinang ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) melaksanakan projek perintis bagi sistem percubaan pembayaran terbuka untuk perkhidmatan bas Rapid Penang dalam menyokong hala tuju aspirasi pendigitalan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, sistem pembayaran terbuka ‘justPay’ yang digunakan untuk projek perintis itu bakal menyediakan alternatif mod pembayaran tambang dengan menyediakan kaedah pembayaran melalui teknologi kod QR (Quick Response) dan aplikasi e-wallet.

Katanya, proses ujian terhad itu dilakukan di dua laluan yang diuji untuk sistem percubaan tersebut, iaitu laluan 101 (Weld Quay – Teluk Bahang) dan laluan 613 (Penang Sentral- Padang Serai) dan dijangka selesai pada Ogos ini.

Menurutnya, ujikaji prototaip aplikasi justPay itu telah dijalankan beberapa bulan lepas. 

“Fasa seterusnya adalah proof of concept melibatkan sampel lebih ramai iaitu para pelanggan Rapid Penang digalakkan untuk mencuba dan menguji keupayaan serta fungsi aplikasi ini. Segala komen dan peluang penambahbaikan akan diambil kira sebelum sistem ini diguna pakai sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN