Jelajah propaganda Warisan tarik sokongan KDMR

Jelajah propaganda Warisan tarik sokongan KDMR

MOHD. Zinin Andong Ajak (tengah) semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) akan terus menarik lebih ramai sokongan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR) menerusi Jelajah Propaganda Warisan.

Jelajah itu diadakan sebagai persediaan untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Biro KDM Warisan Kudat, Mohd. Zinin Andong Ajak berkata, jelajah itu akan diadakan di 18 zon atau kawasan KDMR seperti Kota Belud, Kota Marudu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata, selepas menyedari banyak parti berasaskan KDMR masih dikawal oleh parti Malaya maka, sudah tiba masa untuk Warisan mengambil langkah menyedarkan masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada parti Malaya.

“Kami perlu mendekati masyarakat yang masih bertuankan Malaya untuk bersama-sama dengan Warisan.

“Ia seiring dengan aspirasi Presiden Warisan yang menyatakan parti ini untuk semua kaum,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisandi sini hari ini.

Menurut beliau, pelancaran jelajah propaganda itu akan dirasmikan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada Ahad sempena Rumah Terbuka Kaamatan Warisan di Dewan Kadamaian Square, Kota Belud.

Katanya, penganjuran rumah terbuka yang julung-julung kali dianjurkan di bawah Biro KDM Warisan itu dijangka akan menarik kira-kira 2,000 pengunjung dan ahli Warisan daripada seluruh Sabah.

Mohd. Zinin berkata, program sebegini akan menjadi pencetus semangat kepada masyarakat KDMR untuk bersatu dan berjuang di bawah Warisan yang merupakan parti berbilang kaum.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN