'Jangka hayat' MN di P. Pinang bergantung kepada pimpinan pusat

‘Jangka hayat’ MN di P. Pinang bergantung kepada pimpinan Pusat

MUSA Sheikh Fadzir (tengah) ketika menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Pekida kali ke-26 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Muafakat Nasional (MN) masih wujud di Pulau Pinang, namun ‘jangka hayatnya’ bergantung kepada ‘kata putus’ oleh kepemimpinan UMNO dan Pas di peringkat Pusat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ketika ini, pihaknya masih kekal ‘bersahabat’ baik dengan Pas dan beliau sendiri masih berhubung dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff.

“Apa yang kita akan buat sekarang ialah tunggu dan lihat dulu macam mana. Tapi, apabila pusat (kepimpinan UMNO dan Pas) buat keputusan nanti, Pas (Pulau Pinang) pastinya akan ikut akan apa keputusan pemimpin depa (mereka) buat. Kami (UMNO Pulau Pinang) pun macam tu,” katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kebangsaan kali ke-26 di Pusat Konvensyen Perda, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Musa berkata, hubungan baik antara UMNO dan Pas khususnya di Pulau Pinang bukan atas dasar politik semata-mata, namun lebih kepada kepentingan ummah.

“Kita sebenarnya bukan fikir sangat pasal (kerjasama) politik dengan Pas ni. Soalnya, kita (UMNO dan Pas) sebelum ini dah ‘berperang’ berpuluh tahun dah. Tapi hari ini, kita nampak sudah ada ‘kelonggaran’ (dari segi hubungan UMNO dan Pas). Ketegangan pun dah tak ada. Cuma, kalau boleh teruskan (kerjasama), baguslah,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berharap Pekida memainkan peranannya dalam menyatupadukan Melayu dan Islam secara keseluruhannya.

“Dalam politik ini, ramai org Melayu (yang terlibat). Jadi, masing-masing bawa fahaman politik masing-masing. Cuma, kita mahu semua bersatu apabila memperjuangkan agenda Melayu dan Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya