Jalan kaki 9 jam, sehelai sepinggang tinggalkan Syria

Jalan kaki sembilan jam, sehelai sepinggang tinggalkan Syria

AISHAH Yassin bersama Morshid Ghazi (tengah) yang menderita kecacatan fizikal sambil ditemani Abdul Halim di kediaman sewa mereka di Hosgor, Gaziantep, Syria. – FOTO/METRA SYAHRIL MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZIANTEP, TURKIYE: Sembilan jam jalan kaki, tanpa kasut, sehelai sepinggang, sambil bergilir-gilir menggendong seorang anak mengalami kecacatan fizikal.

Demikian dilalui Aishah Yassin, 54, sekeluarga ketika cuba menyelamatkan diri melalui laluan penuh berliku untuk sampai ke sempadan Turkiye selepas kediamannya di A’zaz, utara Syria musnah dibedil bom.

Kejadian enam tahun lalu itu dice­ritakan Aishah ketika mengimbau apa yang dilaluinya dalam pertemuan bersama kumpulan misi kemanusiaan MyCare-Econsave di rumah sewanya di kawasan kejiranan Hosgor dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, cerita Aishah, usaha untuk memasuki Turkiye ketika itu bukan­nya mudah dan dia sekeluarga terpaksa menunggu selama 20 hari di pintu sempadan sebelum dibenarkan meninggalkan Syria.

Aishah merupakan antara ratusan ribu pelarian Syria yang kini menum­pang teduh di bumi Turkiye, khususnya di wilayah Gaziantep.

Suaminya, Fareed Ghazi, 57, terlebih dahulu sudah memasuki Turkiye untuk mendapatkan rawatan sakit jantung, namun meninggal dunia, dan jenazahnya disemadikan di Syria.

Anak sulungnya, Morshid Ghazi, 35, mengalami kecacatan fizikal sejak dilahirkan.

Kehidupan Aishah dan anak-anak di Hosgor bukannya ‘tugas mudah’ biarpun sudah melarikan diri daripada perang Syria yang kini sudah berlarutan selama 11 tahun.

“Semua anak-anak, 11 orang, kena bekerja demi kelangsungan hidup termasuk si bongsu, Abdul Halim, 11. Sewa rumah di sini 900 lira (RM239) sebulan, 500 lira (RM133) untuk elek­trik, belum lagi belanja perubatan saya dan Morshid. Abdul Halim juga sudah berhenti belajar kerana seko­lahnya terlalu jauh,” katanya.

Ditanya mengenai kampung halamannya, Aishah hanya mampu menahan rasa sebak dan cuma mengatakan rasa rindunya terutama kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang tidak diketahui apa nasib mereka.

Terdahulu Rose2Rose (R2R), sebu­ah agensi di bawah MyCare, mendermakan sebuah ketuhar kepada Aishah yang selama ini menggunakan dapur gas usang untuk memasak.

R2R juga memperuntukkan 400 lira (RM106) sebulan untuk perbelanjaan Abdul Halim.

Dalam pertemuan dihadiri Ketua Misi yang juga Ahli Lembaga Penasihat MyCare, Dr. Mohd. Zin Kandar; Pengurus Besar Econsave, Mas Imran Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Wanita Syria (SWA), Lubaba Tayfour itu, MyCare menyerahkan sumbangan sebanyak 3,000 lira (RM796) kepada Aishah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN