Jagdeep cedera selepas didakwa diserang seorang lelaki dipercayai mabuk - Utusan Malaysia

Jagdeep cedera selepas didakwa diserang seorang lelaki dipercayai mabuk

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo mengalami kecederaan selepas didakwa diserang seorang lelaki, Jumaat lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah kedai di Tanjung Bungah dekat sini apabila seorang lelaki warga asing yang tidak dikenali menghampiri dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.

Ekoran kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun berkenaan cedera pada buku lali dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.

Difahamkan, suspek kejadian berada dalam keadaan mabuk dan dilihat berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum menghampiri dan menolak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan seorang suspek telah ditahan berhubung kes itu.

Katanya, suspek direman dua hari bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Jagdeep tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya