Isu penerbangan: Luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna - Utusan Malaysia

Isu penerbangan: Luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan sebarang isu pertikaian berkaitan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna. 

Justeru, pengguna yang berdepan isu berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan perlu merujuk masalah berkenaan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

KPDNHEP menerusi kenyataan memaklumkan, perkara itu sudah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2016 melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99(1)(c) yang dipinda dengan memasukkan Seksyen 99(1)(ca).

“Menerusi akta itu, apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan hendaklah dirujuk kepada Mavcom,” katanya hari ini.

Menurut KPDNHEP, pihaknya turut mengingatkan pengguna supaya menyimpan dan merakam semua transaksi bila berhubung dengan syarikat penerbangan berkenaan dan membuat aduan terus kepada Mavcom.

Jelasnya, aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau e-mel [email protected].

Bagaimanapun KPDNHEP berkata, segala aduan yang kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada Mavcom untuk tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN