Isteri terkejut suami meninggal atas pokok kelapa - Utusan Malaysia

Isteri terkejut suami meninggal atas pokok kelapa

MAYAT Zaharuddin Ramli dibawa untuk proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang, Kelantan hari. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang isteri terkejut selepas diberitahu suami yang menjadi tonggak keluarga meninggal dunia di atas pokok kelapa semasa sedang melakukan kerja-kerja memetik buah tersebut berhampiran rumahnya di Felda Aring 1, di sini hari ini.

Rohani Ab. Rahman, 45, berkata, perkhabaran duka itu diterima selepas adik iparnya memaklumkan kejadian itu pada pukul 7.30 pagi tadi selepas 15 mencari dan menunggu kepulangan suami, Zaharuddin Ramli, 47.

Katanya, dia tidak menyangka pertemuan pada pukul 4 petang semalam menjadi detik terakhir buat dirinya.

“Suami sempat pulang ke rumah untuk mandi dan makan tengah hari sebelum keluar semula untuk menyambung kerja-kerja memetik buah kelapa. Masuk sahaja waktu malam, saya dan enam anaknya berumur antara lima sehingga 30 tahun telah keluar mencari suami di sekitar kampung kerana risau tentang keselamatanya,” katanya.

Rohani memberitahu, selepas puas mencari dia dan anak-anak mengambil keputusan untuk menunggu dirumah selepas usaha itu menemui jalan buntu.

Katanya, sebelum ditemukan tersangkut di atas pokok suami sempat memetik kira-kira 15 biji kelapa menggunakan satu alat pemberian rakannya minggu lalu yang dikenali sebagai ‘beruk kelapa’.

Rohani berkata, suaminya itu mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis dan sakit jantung sejak beberapa tahun lalu.

Sebelum itu, seorang lelaki meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas sebatang pokok kelapa setinggi 12 meter di Felda Aring 1 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya