Hujan lebat diramal lebih dua jam di Selangor, Perak - Utusan Malaysia

Hujan lebat diramal lebih dua jam di Selangor, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat diramal berlaku lebih dua jam di Selangor dan Perak.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di kedua-dua negeri itu sehingga pukul 1 petang ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN