Hubungan akrab tiga saudara hingga hujung nyawa

Hubungan akrab tiga saudara hingga hujung nyawa

IBU bapa Siti Aisyah Mazalan tidak dapat mengawal perasaan ketika melihat jenazah anak mereka yang mati lemas di Lata Changkah, Setiu, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu, pagi semalam. – FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Tiga bersaudara terma­suk dua beradik yang mati lemas selepas mandi-manda di Lata Changkah di Ulu Seladang di sini semalam, cukup akrab antara satu sama lain.

Keakraban Syariatul Nurfatihah Mohd. Dera, 28, dan adiknya, Syariatul Noor Syafiqa, 26, de­ngan sepupu, Siti Aisyah Mazalan, 19, terjalin sejak mereka kecil lagi.

Ibu dua beradik berkenaan, Sarimah Awang, 62, berkata, hubu­ngan rapat itu turut mendorong mangsa sentiasa bersama-sama termasuk hingga hujung nyawa mereka.

Malah, katanya, semasa di dalam kereta, ketiga-tiga mangsa amat ceria dan saling bergurau sesama mereka.

“Kami bertolak ke Lata Changkah dari kediaman di Kampung Hilir Maras, Kuala Nerus pada pukul 10.30 pagi dengan menaiki dua kereta.

“Keluarga saya sudah biasa berkelah di situ kerana terletak berhampiran rumah adik di Kampung Ulu Seladang cuma, semalam kami memutuskan untuk mandi di lokasi yang agak terpencil kerana terlalu ramai pengunjung berkelah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Setiu di sini.

Sarimah berkata, dia pulang lebih awal bagi membawa seorang cucunya tidur dan berehat di rumah adiknya sebelum dikejutkan dengan berita keluarganya lemas.

Katanya, anak sulungnya, Sya­riatul Syafira, 32, hampir dihanyutkan arus ketika cuba menyelamatkan ketiga-tiga mangsa dan kini dirawat di Hospital Setiu.

Kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika enam sekeluarga berkenaan mahu pulang sebelum seorang daripada­nya tergelincir lalu terjatuh ke dalam air dan menarik bersama dua mangsa lain

Jenazah ketiga-tiga bersaudara itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hilir Maras di Batu Rakit Kuala Nerus pada pukul 4.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya