fbpx

[VIDEO] Hilux potong di ‘double line’ hampir akibatkan kemalangan

TANGKAP layar video memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong di garisan berkembar dan memasuki jalan bertentangan yang hampir menyebabkan kemalangan. - FB SHERAN TAHIR

PETALING JAYA: Tindakan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong di garisan berkembar dan memasuki jalan pemandu lain yang hampir menyebabkan kemalangan, mengundang kemarahan netizen.

Kejadian itu dimuat naik seorang pengguna laman media sosial Facebook, Sheran Tahir yang mana ia dirakam menerusi kamera rakaman papan pemuka (dashcam).

Individu tersebut mengkritik perbuatan pemandu kenderaan itu kerana menyebabkan seorang anaknya yang tidur di bahagian belakang terjatuh daripada kerusi akibat membrek kereta dengan kuat.

“Spesies makhluk macam ini punca orang kemalangan. Nasib baik aku sempat brek. Kesian (kasihan) Mika (anak) sedap-sedap tidur di belakang tergolek jatuh,” tulisnya dalam hantaran Facebook.

RAKAMAN video papan pemuka  memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda memotong di garisan berkembar dan memasuki jalan bertentangan yang hampir menyebabkan kemalangan. – FB SHERAN TAHIR

Rata-rata netizen turut sependapat dengan pemuda tersebut dan berharap ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa kerana ia bukan sahaja mendatangkan kesan buruk kepada pelaku tetapi pengguna lain turut terlibat.

“Hantar balai sahaja rakaman video ini dan buat report terus. Sudahlah di garisan berkembar, selekoh pula tu. Alhamdulillah keluarga awak selamat,” komen Erul Fiza.

“Panas hati aku tengok video ni. Ucapan maaf pun tiada dan siap boleh salahkan lori. Double line kau potong. Tepi jalan itu gaung kot. Nasib baik tidak masuk dalam,” komen Azreen Ahmad. – UTUSAN

 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!