kes turun

HFMD: Jumlah kes dijangka turun dua hingga tiga minggu lagi

KHAIRY Jamaluddin menerima replika sumbangan daripada Takahashi Katsuhiko (tiga kanan) dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Daripada Kerajaan Jepun Melalui Bantuan Geran Jepun Untuk Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2020 Untuk Malaysia di Hospital Sultanah Bahiah, Alor Setar, Kedah, hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah kes penyakit berjangkit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di negara ini dijangka menurun dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penularan HFMD kebiasaannya berlaku secara bermusim dan kebiasaannya jumlah kes didapati mula menurun selepas tidak sampai sebulan berlaku gelombang penyakit tersebut.

Menurutnya, kes penyakit tersebut akan menurun secara signifikan selepas tahap imuniti kanak-kanak meningkat.

“Biasanya HFMD ini bermusim, ia akan mula dan dia akan jadi gelombang dan tak sampai sebulan ia akan turunlah dengan signifikan dengan sendirinya.

“Apabila ramai kanak-kanak terdedah kepada virus-virus tersebut, maka tahap imuniti mereka akan naik dan akan turun bilangan kes dan juga ada intervensi dari segi kebersihan kendiri, kebersihan taska, pusat-pusat asuhan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Daripada Kerajaan Jepun Melalui Bantuan Geran Jepun Untuk Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2020 Untuk Malaysia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Turut hadiri, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko.

Jumlah keseluruhan bantuan tersebut adalah RM19.3 juta yang diuruskan oleh Japan International Cooperation System (JICS). 

Khairy memberitahu, kementeriannya mempunyai teori mengenai aktor peningkatan kes HFMD dengan mendadak pada tahun ini berbanding 2019 iaitu sebelum pandemik Covid-19.

“Ini kerana sepanjang tempoh tempoh pandemik  kesemua taska, tadika dan pusat asuhan ditutup dan kebanyakan kanak-kanak tidak terdedah dengan virus tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khairy menambah, kebanyakan kes HFMD di negara ini juga tidak membimbangkan, namun ibu bapa dinasihatkan supaya segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan sekiranya bergejala dan tidak menghantar ke taska, tadika atau pusat asuhan kanak-kanak sekiranya dijangkiti penyakit itu.

Pada 7 Jun lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah  memberitahu, sebanyak 82,846 kes HFMD dilaporkan hingga hari terakhir minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (4 Jun) yang menyaksikan peningkatan sebanyak 32 kali ganda berbanding 2,485 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya