Harga siling baharu ayam esok

Harga siling baharu ayam esok

RONALD Kiandee mempengerusikan mesyuarat khas bersama KPDNHEP, Kementerian Kewangan dan pemain-pemain industri penternakan ayam di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga siling baharu ayam dan kadar subsidi diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara yang bersidang esok.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, penetapan harga siling baharu diselaraskan dengan mengambil kira bantuan tunai tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.

Kata beliau, pihaknya mengadakan mesyuarat khas berhubung isu berkenaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian  Kewangan dan pemain-pemain industri penternakan ayam semalam.

“Pelbagai isu berbangkit berhubung bekalan dan harga pasaran ayam dibincang dan diperincikan. 

“Mesyuarat juga mengambil maklum semua pandangan dan saranan pihak industri susulan keputusan kerajaan supaya harga ayam di pasaran tidak diapungkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Pada masa sama, Ronald berkata, pembayaran tuntutan subsidi ayam kepada penternak sebanyak RM729.43 juta sejak 5 Februari dipermudah dan sedang berjalan lancar. 

Katanya, setakat 23 Jun lalu, sebanyak 4,239 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM350 juta diluluskan.

Beliau menjelaskan, kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa dan terus memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan ayam di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan terus memantau bekalan ayam di pasaran yang kekal stabil minggu ketiga Jun dan mencukupi untuk menampung permintaan rakyat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya