Hanya tinggal keazaman politik gubal akta dana politik

Hanya tinggal keazaman politik gubal akta dana politik

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyegerakan konsultasi dengan parti-parti politik mengenai Akta Pendanaan Politik supaya draf undang-undang tersebut dapat dibincangkan dengan semua pemegang taruh untuk dimuktamadkan dan dibawa ke Parlimen.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kawal selia pendanaan politik itu tidak memerlukan perbincangan terlalu panjang kerana proses perbincangan telah lama dilaksanakan memandangkan idea penting mengenainya telah dibahaskan sebelum ini.

Katanya, pendanaan politik tanpa peraturan dan kawalan mewujudkan risiko tinggi kerana berlakunya rasuah dan salah guna kuasa. 

“Isu yang tinggal adalah apakah kerajaan ada keazaman politik atau tidak untuk meneruskan usaha yang telah kami mulakan?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful berkata, beliau pernah terlibat ke arah mewujudkan Akta Pendanaan Politik apabila menjadi sebagai salah seorang ahli dalam jawatan kuasa dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paul Low Seng Kuan yang ditugaskan mengkaji mekanisme undang-undang pendanaan politik. 

Justeru, katanya, draf disediakan itu sudah cukup baik untuk dijadikan asas kepada langkah seterusnya.

“Saya juga merupakan ahli jawatankuasa Electoral Reform Committee di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2018-2020. Laporan yang kami sediakan adalah terperinci dan mengandungi banyak idea yang boleh disalin sahaja untuk pelaksanaan.

“Saya pernah mencadangkan agar ditubuhkan sebuah kumpulan rentas parti mengenai pendanaan politik kerana berdasarkan pengalaman dengan APPG di Parlimen Westminster, United Kingdom, saya tahu ia adalah cara pantas untuk mendapatkan ‘buy-in’ parti-parti politik. 

“Cadangan saya masa itu dipandang sepi kerana Malaysia belum biasa dengan konsep APPG. Bagaimanapun, walaupun agak sejuk pada mulanya, Alhamdulillah kini sudah ada beberapa APPG dan salah satunya ialah mengenai pendanaan politik,” katanya.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, semua pihak mengetahui bahawa isu dakwaan dana politik dalam jumlah yang tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian diagihkan kepada ramai pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Samad.

“Kita juga membaca laporan mengenai bagaimana individu yang rapat dengan Najib Razak dikatakan disuruh menghantar wang daripada sebuah syarikat kepada pemimpin DAP Lim Guan Eng. Jam tangan mewah pun dikatakan diberikan kepada Lim Guan Eng.

“Banyak lagi cerita-cerita mengenai penyaluran wang kepada orang politik yang berlaku secara tidak telus. Jika tiada undang-undang, maka masalah ini akan berterusan,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya