Guna logo Pas, PN ikut kawasan ‘kuat’ - Utusan Malaysia

Guna logo Pas, PN ikut kawasan ‘kuat’

BEBERAPA pemimpin Pas berpandangan penggunaan logo Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengundi. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas masih perlu menggunakan logo parti itu sebagai strategi untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marsuki berkata, kelonggaran itu perlu diberikan terutama di kawasan kubu kuat atau yang mempunyai potensi.

“Secara peribadi, pada pandangan saya logo Pas masih perlu digunakan terutama di kawasan pantai Timur dan di negeri lingkaran Melayu demi menjamin kemenangan.

“Logo Perikatan Nasional (PN) pula mungkin boleh digunakan di lokasi yang banyak masyarakat majmuk jadi lebih mudah dan sesuai untuk pengundi memilih calon,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, Pas menggunakan logo PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka bagi mencerminkan semangat muafakat yang utuh dalam kalangan parti-parti anggota gabungan itu.

Sementara itu, Mohd. Zuhdi berkata, setakat ini Pas belum memutuskan tentang penggunaan logo dalam PRU15, bagaimanapun parti itu sedar wujud kekeliruan antara logo PN dan Barisan Nasional (BN) berdasarkan siri PRN lalu.

“Pandangan itu disuarakan rakan dan ahli Pas kerana logo PN dan BN agak mirip dari segi warna, malah saya dimaklumkan cadangan untuk mengubah logo PN ada dibincangkan di peringkat mesyuarat gabungan, sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, bekas AJK Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali tidak menafikan kekalahan Pas dalam PRN Melaka dan Johor mempunyai kaitan sedikit sebanyak dengan logo PN yang belum dikenali rakyat bawahan.

“Antara kekuatan Pas adalah pada logonya, namun, ia tetap satu ijtihad untuk mencuba logo PN dengan mengharapkan tambahan pengundi yang mungkin fobia dengan logo Pas.

“Pas mungkin boleh membuat kajian lapangan terkini tentang penerimaan logo ini untuk PRU akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya