harga bufet

Lima tan durian ‘dihidang’ secara bufet oleh FAMA Negeri Sembilan

PEGAWAI FAMA Negeri Sembilan, Mohd. Afandi menunjukkan durian kampung yang turut dijual sempena program 'Jom Makan Durian Kampung’ di Hab Pengedaran FAMA di Jalan Labu, Seremban hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak lima tan buah durian menanti para penggemarnya dalam program ‘Jom Makan Durian Kampung’ oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Ketua Rakan Pemasar Kontrak Pemasaran (RPKP) FAMA Negeri Sembilan, Azhar Muhammad Buang berkata, program berkenaan yang berakhir esok diadakan di Hab Pengedaran FAMA Negeri Sembilan, Jalan Labu di sini.

“Kami menawarkan durian kampung untuk dinikmati dengan harga bufet RM25 bagi seorang dewasa manakala RM10 buat kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. 

“Selain itu, kami juga ada menjual durian jenis Musang King dan Udang Merah dengan harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Azhar, kebanyakan durian yang ditawarkan di dalam program tersebut dibawa dari Tangkak, Johor dan juga Pahang.

“Durian jenis Musang King dan IoI kami dapatkan dari Raub, Pahang manakala durian kampung dari beberapa kawasan di Rembau dan Tampin. Tahun ini pengeluaran durian di negeri ini juga tidak begitu menjadi berikutan faktor cuaca,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan, Abdul Halim Ibrahim, 40, berkata, dia datang ke program itu selepas mengetahuinya melalui kumpulan aplikasi WhatsApp. 

“Saya datang ke sini kerana saya tahu buah durian dari FAMA berkualiti dan boleh memilih durian yang elok. Saya mencari isi durian yang kuning dan harga juga berpatutan dan agak berbaloi,” katanya.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya