Empat pelajar loya dalam kejadian gas bocor - Utusan Malaysia

Empat pelajar loya dalam kejadian gas bocor

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat murid Darjah 5 mengalami loya selepas gas pada penunu bunsen bocor ketika menjalankan eksperimen di makmal sebuah sekolah rendah di USJ 14, di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 1.20 petang tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kami dimaklumkan terdapat kebocoran gas penunu bunsen jenis mudah alih di makmal terbabit semasa menjalankan eksperimen.

“Anggota bomba bertugas membuka tingkap dan pintu di makmal berkenaan untuk melepaskan gas bocor sebelum memastikan keadaan selamat di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kejadian itu mengakibatkan empat murid masing-masing berusia 11 tahun mengalami loya dan dihantar ke Hospital Shah Alam sebelum pihak bomba tiba.

Difahamkan keempat-empat murid berkenaan dilaporkan dalam keadaan stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN