Ekosistem cara kerja perlu dilonjakkan

Ekosistem cara kerja perlu dilonjakkan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program MAIPs Peduli di Masjid Dato' Jaafar Hassan, Sungai Padang, Simpang Empat, Arau, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Persekitaran ekosistem bekerja dalam organisasi mahupun gaya hidup masyarakat perlu dilonjakkan bagi memastikan rakyat negeri ini terus kekal kompetitif dan berdaya saing melalui pemikiran di luar kotak.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ia menggunakan kreativiti dalam pemikiran, cara penyelesaian pada sudut yang berlainan serta berbeza daripada status quo. 

Titah baginda, kebolehan berfikir di luar kotak adalah sesuatu yang rumit untuk ditunjukkan, namun, sekiranya seseorang itu dapat menguasai kebolehan itu, ia akan dapat membantu memajukan diri dan organisasinya.

“Berfikir di luar kotak adalah bertujuan untuk membolehkan kakitangan menggunakan kreativiti atau pendekatan yang unik bagi menyelesaikan sebarang masalah atau isu dalam organisasi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM16,800 sempena program MAIPs Peduli di Masjid Dato’ Jaafar Hassan, Sungai Padang di sini hari ini.

Sebanyak 24 orang asnaf dalam kalangan anak kariah masjid tersebut menerima sumbangan itu yang diagihkan amilnya, Zulkepli Rahim.

Program tersebut disekalikan dengan sambutan hari basikal sedunia yang disambut pada setiap 3 Jun bagi mengiktiraf keunikkan, ketahanan dan kebolehan basikal yang telah digunakan selama dua abad ini.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN