BINTULU: Dua terkorban dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sibu-Bintulu Kelawit, Tatau semalam.
Dua mangsa lelaki yang maut di tempat kemalangan itu dikenali sebagai Billy Andrew berusia 27 tahun dan Henry Jugah berusia 49 tahun.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau memaklum kemalangan melibatkan dua buah kenderaan itu pada jam 2.25 tengah semalam.
Katanya ketua komander operasi yang juga ketua balai bomba Tatau, Jankey Jikat melaporkan dua mangsa yang meninggal itu tersepit di tempat duduk sebelah hadapan kebderaan dan pasukan bomba berjaya mengelaurkan kedua-duanya menggunakan peralatan khas penyelamat, manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 41 tahun yang menaiki Toyota Hilux mengalami kecederan di bahagian kakinya dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan.
Dua mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa yang cedera dikenali sebagai Cairil Anwar Hamzah berusia 47 tahun.- UTUSAN










