Dera: Bayi lapan bulan patah tangan kiri   - Utusan Malaysia

Dera: Bayi lapan bulan patah tangan kiri  

AHMAD SHUKRI MAT AKHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan patah tulang pada tangan kiri disyaki akibat didera ketika berada dalam jagaan di sebuah taman asuhan kanak-kanak di kawasan perumahan di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 2 Jun lalu sebelum keluarga mangsa membuat laporan polis sehari kemudian.

“Pemeriksaan pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mendapati mangsa mengalami patah tulang di bahagian atas lengan kiri.

“Sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang bertugas sebagai pengasuh di taska berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya di sini semalam.

Difahamkan bayi terbabit baru beberapa hari dimasukkan ke taska tersebut oleh ibu bapanya yang masing-masing berusia 35 tahun.

Mengulas lanjut Ahmad Shukri berkata, pemeriksaan awal mendapati tiada kesan luka pada tubuh bayi, namun bahagian lengan kirinya didapati bengkak selepas kejadian itu berlaku.

“Setakat ini motif kejadian serta lain-lain perkara berkaitan perkara itu masih disiasat. Pengasuh berkenaan direman selama enam hari hingga 9 Jun depan,” jelasnya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya