DBKL selamatkan 41 gelandangan

DBKL selamatkan 41 gelandangan

OPERASI menyelamat dijalankan bermula pukul 11 malam tadi sehingga awal pagi ini. - FB DBKL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 41 gelandangan termasuk empat warga asing diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi-agensi lain dalam Operasi Menyelamatkan Gelandangan (Sahabat Jalanan) di sekitar ibu negara, awal pagi ini. 

Menurut DBKL, operasi dilaksanakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). 

Katanya, jumlah yang diselamatkan pada siri kedua operasi tersebut membabitkan seramai 37 lelaki dan empat wanita serta diteruskan dari semasa ke semasa. 

“Beberapa lokasi tumpuan (hotspot) telah disasarkan dengan penemuan beberapa orang sahabat jalanan iaitu enam orang di Masjid India, Masjid Jamek (tiga orang), Segi College, Maybank Jejantas Pudu (empat orang), Mydin Jalan Silang, Jalan Petaling, Bus Stand Klang, Bangkok Bank (16 orang), Jejantas Brickfields (seorang), Masjid Negara, Jejantas Chow Kit, Cimb Alka Ria (seorang) dan Jejantas Jalan Tunku Abdul Rahman (dua orang).

“Sebahagian sahabat jalanan ini telah dipindahkan ke Anjung Kelana, Taman Desa iaitu 14  lelaki, manakala seramai 20 lelaki dan tiga wanita dilepaskan semula. Seramai empat gelandangan warga asing dibawa oleh pihak Imigresen untuk tindakan lanjut,” menurut laman Facebook rasminya, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.