DAP jangan angkuh letak kerjasama bersyarat

DAP jangan angkuh letak kerjasama bersyarat

dap
MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengingatkan DAP agar tidak terlalu angkuh dalam meletakkan syarat untuk bekerjasama.

Beliau berkata, tujuan kerjasama adalah untuk menang pada pilihan raya, jadi, mengapa harus meletakkan syarat untuk pembentukan kerjasama tersebut.

“Ini aliran trafik sehala, nak bincang, bincanglah tapi, ini ada letak syarat. Hanya boleh bincang kecuali penuhi kehendak mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak boleh terlalu angkuh, tujuan kita nak menang. Maka, rundinglah macam dulu, sebelum kita berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ketika itu, kita runding sebaik mungkin bagaimana bukan hanya pembahagian kerusi tetapi, hala tuju kerjasama.

“Ini tidak, ini tiga kerusi kami punya. Tapi, kalau kita bertanding di Semenanjung, kacau. Mereka ambil kerusi kita, tidak kacau,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan sudi bekerjasama dengan Warisan dengan syarat kerusi milik DAP dikembalikan.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, sekiranya DAP tidak mahu bincang dengan mereka terserah kerana Warisan tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Jelas Mohd. Shafie, beliau sudah pernah bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini merupakan anggota Barisan Nasional (BN).

“Ini bukan soal khemah besar, penting bagi kita menyediakan pilihan kepada rakyat di negara ini.

“Kita sedang berhadapan masalah kepimpinan untuk bawa ke arah mana ekonomi dapat dipulihkan, rakyat dapat disatukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×