catat lebih 100 kes

Covid-19: Tujuh negeri catat lebih 100 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,587 kes berbanding kelmarin, 2,417 kes sekali gus mengatasi 2,503 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 930 kes diikuti Kuala Lumpur (843), Pulau Pinang (203), Negeri Sembilan (156), Sabah (137), Perak (123), Melaka (109), Sarawak (70) dan Johor (52). 

Diikuti Kedah (49), Putrajaya (48), Pahang (30), Kelantan (29), Terengganu (8), Perlis (6) dan Labuan, tiga kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 499 orang berbanding kelmarin, 472 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 38 kes, berbanding jumlah semalam, 30 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 21 kes berbanding jumlah kelmarin, 16 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, dua kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak enam kluster yang masih aktif dengan    keseluruhan 7,017 kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan satu kematian Covid-19 berbanding kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,742 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,581 kes. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN