calon boleh menang

Calon UMNO perlu ada ciri kesetiaan dan boleh menang

Shahril Sufian Hamdan (berdiri depan, tiga dari kanan), Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Zurihan Yusop (berdiri depan, empat dari kanan) bersama tetamu Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Langat dan Penduduk Kampung Jenjarom, malam tadi. - UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT- Mereka yang berminat menjadi calon pilihan raya dari parti UMNO perlu mempunyai dua ciri utama iaitu kesetiaan dan boleh menang.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, dua ciri tersebut turut menjadi pertimbangan utama oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Walaubagaimanapun kita tetap memerlukan calon atau pemimpin yang mempunyai bakat sebagai pemimpin.Sistem politik kita memerlukan bakat tidak kira apa pun latar belakangnya, lagi ramai lagi bagus.

“Justeru kami sebagai pemimpin sedia ada perlu menunjukkan contoh yang baik dan menjadi inspirasi untuk pemimpin-pemimpin muda berbakat menyertai parti UMNO,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Langat dan Penduduk Kampung Jenjarom di sini malam tadi.

Mengulas mengenai ura-ura pemimpin politik yang melompat parti dan ingin menyertai UMNO dan seterusnya ingin menjadi calon parti, beliau berkata parti tersebut mempunyai peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

“Sesiapa yang ingin menyertai parti UMNO tidak kira ahli baharu atau ingin masuk semula, perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

“Tetapi dalam aspek pemilihan calon pilihanraya, secara peribadi bagi saya lebih baik mengutamakan mereka yang telah lama setia bersama parti dan tidak mempunyai rekod disiplin dan rekod lampau yang mampu merencatkan kebarangkalian untuk menang pada pilihan raya,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN