Bukan UMNO saja nak parlimen bubar - Ahmad Zahid

Bukan UMNO saja nak parlimen bubar – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menegaskan Pilihan Raya Umum Ke -15(PRU15) perlu diadakan sekarang jelas menunjukkan bukan UMNO saja yang mahukan parlimen dibubar.

Presiden UMNO itu berkata, tindakan itu perlu diambil kira berdasarkan pengalamannya yang luas dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Beliau juga bekas Pengerusi SPR menyatakan mandat sah demokrasi perlu dikembalikan.

“Kerajaan pula tidak stabil kerana terdapat pelbagai watak dan parti dan ini tidak baik untuk negara. Katanya lagi ekonomi semakin buruk dan pelabur pula lari.

“Tan Sri Rashid juga bekas Naib Presiden Bersatu dan kini masih jadi ahli Bersatu bersikap jujur menyatakan sikap dan pendiriannya berdasarkan pengalamannya sekitar 30 tahun berada dalam SPR,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya