Budak dirawat kerana dadah semakin cergas - Ibu - Utusan Malaysia

Budak dirawat kerana dadah semakin cergas – Ibu

KANAK-kanak yang mempunyai kandungan dadah tinggi dalam badan masih bergantung kepada mesin bantuan oksigen untuk bernafas di wad 5, Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, Kelantan./FOTO : Ihsan keluarga
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kandungan dadah jenis syabu masih ada dalam badan kanak-kanak berusia empat tahun meskipun sudah hampir lima hari menjalani rawatan di hospital.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibu kanak-kanak berkenaan Rohaya Hasan, 36, berkata, bagaimanapun, dia bersyukur apabila anak bongsu daripada tiga beradik itu semakin pulih malah sudah mengajaknya untuk bermain.

Menurutnya, mangsa masih perlu bergantung kepada mesin bantuan oksigen untuk bernafas di wad 5, Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai ketika ini.

“Pihak hospital sedang sedaya upaya menyedut semua bahan tersebut keluar dari badan anak saya.

“Tiada apa melegakan saya apabila dia sudah mula boleh tersenyum terutamanya semasa namanya dipanggil. Dia juga kelihatan seperti menggigil, namun tetap meminta untuk bermain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rohaya memberitahu, berkemungkinan besar anaknya yang juga mengalami sindrom down akan berada di wad hospital berkenaan selama dua minggu lagi untuk rawatan lanjut.

“Anak saya sudah boleh minum susu dan semakin aktif apabila sering cuba untuk bangun dari katilnya,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, ibu kepada kanak-kanak yang sebelum ini kritikal akibat kandungan dadah tinggi dalam badan mengakui perit untuk meninggalkan anaknya selepas kejadian tersebut.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya