Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan - Utusan Malaysia

Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan

lemas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas tidak jauh dari Jeti Nelayan Bagan Ajam dekat Pantai Bersih, di sini, petang ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah, 11, dikatakan hanyut dibawa arus deras semasa sedang mandi-manda bersama beberapa rakannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Mohd. Faizwan Che Amat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lemas itu kira-kira pukul 5.45 petang sebelum ke lokasi.

“Ketika tiba, kami dimaklumkan tiga lagi rakan mangsa diselamatkan orang awam. Seorang pemancing yang kebetulan berada di lokasi cuba menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, pemancing itu turut lemas sebelum diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya di sini malam ini.

Katanya, selain bomba, operasi itu dibantu pasukan bomba sukarela (PBS) berhampiran serta nelayan dan penduduk setempat.

Dalam pada itu, Mohd. Faizwan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bagaimanapun terpaksa dihentikan kira-kira pukul 7.30 malam tadi berikutan cuaca gelap dan tidak mengizinkan.

“Operasi itu bagaimanapun akan diteruskan semula seawal pukul 7 pagi esok,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.