Bon Odori: Umat Islam tidak harus terlibat - Yadim - Utusan Malaysia

Bon Odori: Umat Islam tidak harus terlibat – Yadim

UMAT Islam dinasihatkan mengelak daripada terlibat dengan Festival Bon Odori kerana dibimbangi boleh membawa kepada syirik. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Umat Islam tidak harus menyertai dan terlibat dalam mana-mana upacara sambutan perayaan agama lain membabitkan urusan kepercayaan dan akidah.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Muhammad Najhan Shahir Halim berkata, ini melibatkan perayaan Bon Odori yang dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Negara pada 16 Julai ini.

Beliau berkata, menyertai atau terlibat dalam perayaan itu boleh menggugat keimanan seseorang Muslim.

“Malah, kita juga dilarang menyerupai golongan bukan Islam pada sudut yang melanggari akidah dan syariat. Maka perayaan Bon Odori yang bakal berlangsung di negara ini menjadi salah satu daripada perayaan pelbagai agama yang hidup secara harmoni dan aman selama ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, umat Islam dianjurkan menghormati budaya dan kepercayaan agama lain dan tidak ada paksaan dalam Islam terhadap penganut agama lain kepada agama Islam.

Muhammad Najhan berkata, MAIM menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menjalani kehidupan secara aman dan damai serta saling menghormati antara satu dengan lain.

“Ketahuilah bahawasanya memelihara agama Islam dan akidah merupakan setinggi-tinggi matlamat dan tujuan ajaran Islam dalam maqasid syariah yang lima,” katanya.

Perayaan Bon Odori yang dijadual disambut di Kompleks Sukan Negara pada 16 Julai ini adalah upacara keagamaan dan kepercayaan masyarakat bukan Islam khasnya dari Jepun yang beragama Buddha. Ia adalah upacara disambut sejak 500 tahun yang lalu bersifat tarian bagi menyeru roh orang yang sudah mati dan ia mula diraikan sebahagian masyarakat bukan Islam di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya