Bomba bantu angkat pesakit kanser rumah ditenggelami banjir - Utusan Malaysia

Bomba bantu angkat pesakit kanser rumah ditenggelami banjir

ANGGOTA bomba mengangkat seorang warga emas selepas kediamannya mula dinaiki air banjir kilat di Jalan Bukit Senjuang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Enam sekeluarga termasuk seorang warga emas pesakit kanser diselamatkan pasukan bomba selepas kediaman mereka mula dinaiki banjir kilat di Jalan Bukit Senjuang di sini pagi ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu, Pegawai Bomba Kanan II Hazalani Jaafar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.38 pagi tadi.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

“Setiba di lokasi kita dapati kediaman mangsa dinaiki air pada paras satu kaki dan terdapat seorang warga emas sedang sakit terlantar.

“Anggota bertindak membantu memindahkan mangsa ke rumah jirannya di kawasan yang lebih tinggi dan tidak terjejas dengan banjir,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelasnya, keseluruhan seramai enam penghuni rumah itu telah diselamatkan.

Terdahulu, beberapa kawasan di negeri ini mula dinaiki air selepas hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak awal pagi tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka bagaimanapun melaporkan, keadaan di semua kawasan masih terkawal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya