BN kini diibarat janda berhias

BN kini diibarat janda berhias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) kini diibarat janda berhias apabila terdapat pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap kebolehan parti itu untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, justeru itu beliau menggesa undang-undang lompat parti perlu diluluskan segera sebelum PRU-15 supaya tidak memberi ruang dan kesempatan wakil rakyat menyertai parti lain.

Katanya, malah BN perlu menggerakkan dan menjadi juara agenda reformasi undang-undang termasuk melaksanakan undang-undang lompat itu dengan secepat mungkin dan akta pembiayaan dana politik serta peruntukkan kawasan yang sama adil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertama adalah akta lompat parti, katak-katak semua ini kena buang. Insya Allah pada Julai dengan kerajaan sedia ada ini yang mempunyai sokongan 34 ahli Parlimen. Walaupun ramai ada kata, kredit pada mereka (pembangkang) tetapi sebenarnya kepada BN yang selama ini berjuang untuk akta ini.

“Walaupun BN kini hanya mempunyai 34 peratus dalam Dewan Rakyat tetapi mampu menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat, bayangkan kalau 100 peratus. Justeru kita perlu menang 222 kerusi, paling busuk pun 148 sebab politik ini berkaitan nombor,” katanya dalam Forum Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Azalina menambah, agenda reformasi yang perlu diperjuangkan BN adalah tempoh had penggal Perdana Menteri, tiada pelantikan politik Peguam Negara dan kebebasan Parlimen serta kehakiman.

“BN kita ada minda dan bersedia agenda reformasi, tak boleh jadi seperti sebelah sana, janji macam-macam tetapi 22 bulan tidak buat.

“Sebagai sebagai parti politik, rakyat mahu dan melihat soal ini, jadi kita kena perlu kotakan janji,” katanya.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×