PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan belum menerima sebarang surat rasmi daripada Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengumumkan keluar parti itu hari ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beliau sudah menerima pesanan ringkas (SMS) daripada Mohammaddin hari ini yang memaklumkan hasrat berkenaan (keluar parti). “Saya akan mengadakan pertemuan dengan beliau bagi berbincang perkara itu dalam masa terdekat. Setakat ini, kita belum terima surat rasmi daripada beliau,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP COVID-19…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya