Beri ruang kepada GRS pertimbang kemasukan parti tempatan

Beri ruang kepada GRS pertimbang kemasukan parti tempatan

HAJIJI Noor (tiga kiri) melawat gerai Lembaga Koko Malaysia sempena Pesta Koko Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor meminta diberi ruang untuk mempertimbangkan penyertaan parti-parti tempatan ke dalam gabungan berkenaan.

Beliau berkata, gabungan itu mempunyai perancangan tersendiri dalam menyatukan parti-parti yang ada di Sabah maka, beri ruang secukupnya kepada GRS.

“Apa yang kita lakukan demi kebaikan negeri Sabah dan juga perpaduan parti-parti yang ada di Sabah. Bagi la kami ruang, bukan terus-terus kita akan buat begitu (terima).

“Kita ada caranya untuk menyatukan dan menerima parti-parti yang ingin bersama dengan GRS,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Pesta Koko Sabah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick bahawa hasrat GRS mahu menyatukan parti tempatan di Sabah sekadar cakap kosong.

Ia susulan tindakan GRS yang sehingga kini masih belum menerima permohonan beberapa parti tempatan seperti Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demoratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Ketua Menteri itu berkata, permohonan parti-parti yang ingin menyertai GRS sedang dipertimbangkan secara baik dan teliti.

Semasa didaftarkan secara rasmi pada Mac lalu, GRS dianggotai oleh empat parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Kemudian, baru-baru ini, GRS meluluskan penyertaan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) ke dalam gabungan berkenaan.

Pembentukan GRS semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) September 2020 disertai oleh Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh Bersatu, STAR, SAPP dan Barisan Nasional (BN) yang merangkumi UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta PBS. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya