Bas ekspres rempuh penghadang tol, 16 penumpang berdepan detik cemas - Utusan Malaysia

Bas ekspres rempuh penghadang tol, 16 penumpang berdepan detik cemas

BAS ekspres yang merempuh besi penghadang tol di Plaza Tol Jelapang arah selatan di sini hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 16 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dalam perjalanan ke Terminal Bas Meru Raya, merempuh besi penghadang tol di Plaza Tol Jelapang arah selatan, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, empat mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dan Meru Raya dihantar ke lokasi kejadian.

Katanya, nahas berlaku ketika bas dari Pulau Pinang itu keluar melalui Plaza Tol Jelapang untuk ke Terminal Bas Meru Raya.

“Bas berkenaan merempuh besi penghadang tol menyebabkan cermin hadapan kenderaan itu pecah selain remuk di beberapa bahagian.

“Seramai 16 penumpang berada dalam kenderaan itu melibatkan enam lelaki dan 10 wanita. Empat mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya