Bantah bina kuarters kerajaan di padang

Bantah bina kuarters kerajaan di padang

MOHD. Najib Othman (kiri) bersama beberapa penduduk yang menyertai bantahan pembinaan kuarters kerajaan di sebuah padang di Jalan Meru Tambahan, Klang, Selangor. – utusan/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebahagian besar penduduk di Meru di sini membantah keputusan kerajaan negeri membina kuarters untuk pe­nempatan penjawat awam dekat sebuah padang berhadapan dewan orang ramai Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini.

Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sosial Meru Selatan, Mohd. Najib Othman berkata, pihak­nya mendapat maklumat berhubung pembinaan bangunan berkenaan daripada seorang individu yang terbabit dalam projek tersebut.

“Kita faham bahawa padang ini adalah milik kerajaan ne­geri, namun harap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya tidak membina kuarters tersebut.

“Padang ini adalah satu-sa­tunya padang yang ada di sekitar Meru dan Kapar untuk kanak-kanak serta remaja untuk bermain bola sepak serta membuat aktiviti riadah.

“Kalau padang ini dibangunkan, di mana lagi golongan ini hendak membuat aktiviti riadah kerana di sekitar Meru dan Kapar sudah tidak ada padang lagi,” katanya dalam program bantahan pembinaan kuarters kerajaan serta bangunan lain di Jalan Meru Tambahan, di sini.

Beliau menambah, kerajaan Selangor sepatutnya mendapatkan pandangan daripada penduduk di sekitar Meru serta Kapar sebelum membuat keputusan membina apa-apa bangunan di padang terbabit.

Jelasnya, pihaknya kini sedang merangka untuk menaik taraf padang berkenaan supaya penduduk sekitar dapat beriadah dengan lebih selesa.

“Saya juga melancarkan petisyen untuk mengumpul seberapa banyak bantahan daripada penduduk sekitar untuk di­serahkan kepada wakil kerajaan Selangor.

“Penduduk boleh mengisi borang petisyen terbabit di aplikasi Google Form dan nanti saya akan maklumkan berhubung petisyen itu lebih lanjut setelah borang petisyen telah siap,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN