atlet UiTM

Atlet Sukan SEA UiTM terima insentif wang dan pelepasan yuran pengajian

Mohd. Sazili Shahibi (dua dari kanan) menyampaikan insentif kepada atlet UiTM yang mewakili negara ke Sukan SEA Hanoi bulan lepas. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Atlet-atlet Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mewakili negara dan memenangi pingat di Sukan SEA Hanoi Vietnam akan diberi pelepasan yuran pengajian dan kolej kediaman sehingga tamat pengajian.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr. Mohd.Sazili Shahibi, ia merupakan insentif sebagai menghargai komitmen pelajar UiTM yang mengharumkan nama universiti tersebut dalam bidang sukan.

“Sehubungan dengan itu kita berharap atlet tersebut akan terus aktif dalam sukan yang mereka sertai sehingga tamat pengajian.

“Selain itu insentif tersebut menjadi galakan kepada atlet mengharumkan nama UiTM dan memberi impak kepada UiTM sebagai universiti yang memberi fokus kepada sukan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Insentif Atlet UiTM Di Sukan SEA Hanoi Vietnam di Pusat Sukan UiTM semalam.

Mengulas mengenai ganjaran kewangan, Mohd.Sazili berkata, 10 orang atlet telah diberi insentif berupa RM750 untuk pemenang pingat perak dan RM500 untuk pemenang pingat gangsa.

“10 orang atlet UiTM yang mewakili negara menyumbang empat perak dan lima gangsa.

“Dua kakitangan UiTM turut menerima ganjaran RM1,000 setelah memperolehi gangsa dalam acara futsal dan bina badan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya