Arwah minta kami rahsiakan - Ani Mayuni - Utusan Malaysia

Arwah minta kami rahsiakan – Ani Mayuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Ani Mayuni mengakui dia sebelum ini tahu akan keadaan penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor yang menghidap kanser ovari tahap empat.

Menerusi mesej suara yang dikongsikan, Ani memaklumkan bagaimanapun dia dan beberapa individu lain terpaksa merahsiakan perkara tersebut bagi menghormati permintaan arwah yang tidak mahu perkara itu dihebohkan kepada umum.

“Kami terpaksa rahsiakan. Arwah sebelum ini pernah berkongsi keadaannya kepada saya dan juga beberapa orang rakan dan ahli keluarga.

“Arwah minta kami rahsiakan. Kami tak dapat nak war-warkan bahawa dia sedang menanggung kesakitan,” katanya.

Berkongsi lanjut, Ani juga memaklumkan bahawa penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu sering demam dan dimasukkan ke hospital.

“Allahyarham mula sakit selepas tamat Gegar Vaganza 8. Dia alami demam selepas penggambaran Gegar Vaganza Raya dan ditahan di wad untuk tempoh yang agak lama.

“Kami tertanya-tanya, kenapa dia masuk wad terlalu lama? Ingatkan arwah dijangkiti Covid-19. Setelah itu, barulah dia kongsikan kepada kami tentang kanser tersebut selain memaklumkan dirinya baru selesai menjalani pembedahan.

“Arwah selepas itu menjalani tempoh berpantang dan memberitahu mahu berehat buat sementara waktu. Gambarnya turun berat badan yang tular sebelum ini diambil ketika dia mula bekerja selepas berehat panjang,” kongsinya lagi.

Adibah Noor meninggal dunia kira-kira 7.40 petang tadi. Jenazah Allahyarham masih berada di hospital Gleaneagles dan akan dibawa ke rumah kakaknya di Keramat Permai, Kuala Lumpur.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN