PETALING JAYA: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima sebarang wang daripada Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) dan menegaskan tidak pernah berjumpa dengan bekas Pengurusan Pentadbiran syarikat itu, David Tan Siong Sun. Anifah yang terkejut dengan keterangan Siong Sun kemudian memaklumkan beliau bersedia untuk membantu siasatan dijalankan pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. “Sebagai Menteri Luar, saya berjumpa dengan ramai orang. Seingat saya, tidak pernah jumpa David Tan atau…










