PETALING JAYA: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini kembali mengingatkan hasil pencapaian parti itu yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa desakan untuk Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Presiden selepas selepas pendedahan yang dilakukan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkenaan
Menerusi infografik yang dikongsikan dalam laman Twitternya itu, beliau menggariskan sebanyak lapan hasil perjuangan tersebut yang turut diketuai bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli MT parti itu.
Hasil perjuangan yang digariskan itu merangkumi kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di tujuh pilihan raya kecil (PRK), berjaya mengambil alih Perak dan rakan karib BN di Sarawak yang memenangi 76 daripada 82 kerusi merangkumi 93 peratus dan ia merupakan kemenangan terbesar setakat ini.
Selain itu, UMNO yang diketuai Ahmad Zahid menang dari cuma satu Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada 16 DUN di Sabah dan menang 21 daripada 28 kerusi di Melaka selain memenangi 40 daripada 56 kerusi Johor.
Dalam pada itu, kejayaan yang disifatkan terbesar di bawah pimpinan Ahmad Zahid adalah 15 Ahli Parlimennya mendesak bagi membolehkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri serta menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – UTUSAN











