Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut

Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berbual dengan penerima biasiswa di Istana Negara hari ini. - IHSAN FACEBOOK ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Istana Negara, hari ini. 

Menurut Istana Negara, 12 penerima itu terdiri daripada lapan penerima di peringkat ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan empat penerima di peringkat Sarjana. 

“Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara, manakala 10 penerima lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara pada tahun ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi, hari ini. 

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong merupakan biasiswa berprestij negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan sehingga tahun 2022, sebanyak 17 sesi penawaran telah dilaksanakan.

Sehingga tahun ini, seramai 187 warganegara Malaysia telah diberi penajaan iaitu 94 orang di peringkat PhD dan 93 orang di peringkat Sarjana untuk pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang serta Kewangan Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN