86.03 peratus calon SPM di Pulau Pinang layak dapat sijil - Utusan Malaysia

86.03 peratus calon SPM di Pulau Pinang layak dapat sijil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seramai 15,520 daripada 20,048 calon atau 86.03 peratus yang hadir menduduki peperiksaan SPM 2021 di Pulau Pinang layak mendapat sijil peperiksaan itu.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan berkata, Gred Purata Negeri (GPN) bagi peperiksaan SPM Tahun 2021 untuk Pulau Pinang pula adalah 4.77.

Kata beliau, bagi prestasi mata pelajaran pula seramai 5,106 calon (29.15 peratus) yang menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu mencatatkan keputusan cemerlang manakala 16,573 (94.63 peratus) lulus subjek itu.

”Untuk mata pelajaran Sejarah, seramai 4,633 (25.88 peratus) mencatatkan keputusan cemerlang manakala 15,735 calon (87.89 peratus) lulus subjek berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul di sini hari ini.

Menurut beliau, terdapat 22 buah sekolah di Pulau Pinang yang mencapai prestasi 100 peratus iaitu semua calon layak mendapat sijil.

Antara sekolah tersebut katanya, SMK Bukit Jambul; SMKA (P) Al-Mashoor; SMKA (L) Al-Mashoor; Penang Free School; SMKA Al-Irshad; SMK Jit Sin; SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Tambahnya, seramai 17 calon di Pulau Pinang memperoleh keputusan cemerlang antaranya membabitkan pencapaian 11A+, 10A+ dan 9A+.

”Selain itu, terdapat 12 buah sekolah calon cemerlang yang mencatatkan semua A+ dengan gred purata (GP) 0.00. SMK Bukit Jambul pula berjaya memperoleh GPS terbaik iaitu 1.83 terbaik bagi peringkat Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu tambah beliau, seramai lima calon berkeperluan khas pula berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan pencapaian antara 4A+ hingga 1A+ dalam SPM 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya