772 dikompaun merokok di KLIA - Utusan Malaysia

772 dikompaun merokok di KLIA

ANTARA orang awam yang diperiksa pegawai penguatkuasa JKNS dalam operasi khas dekat KLIA di Sepang, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan 772 individu termasuk remaja bawah umur merokok di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang mengundang padah apabila dikenakan tindakan kompaun dalam Ops Terbang KLIA.

Sepanjang operasi dua hari berakhir pukul 4 petang semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan 788 notis kesalahan dengan kompaun semuanya bernilai RM196,400. 

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, operasi itu adalah untuk melindungi orang awam daripada bahaya kesan asap rokok dan memastikan peruntukan undang-undang dipatuhi semua pihak.

“Kesalahan utama dikesan adalah merokok di kawasan lapangan terbang iaitu 708 notis dan 61 lagi merokok di kawasan kompleks beli-belah.

“Selain itu, tiga notis kesalahan melibatkan perokok bawah 18 tahun manakala 16 lagi adalah lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, semua notis kesalahan itu dikeluarkan mengikut Peraturan 11 ( 1 ) (n), (g) dan (e) serta 13 ( 1 ) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Jelasnya Sha’ari, KLIA laluan terbesar udara negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok merangkumi keseluruhan kawasan berbumbung terminal itu.

Setiap kesalahan akan dikeluarkan Notis Kehadiran Mahkamah dan ditawarkan kompaun RM250 bagi kesalahan merokok di kawasan larangan dan RM50 untuk pesalah bawah umur.

Jika gagal menjelaskan kompaun, individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjarakan dua tahun boleh dikenakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya