7 langkah tangani isu bekalan, harga makanan 

7 langkah tangani isu bekalan, harga makanan 

RONALD KIANDEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet semalam bersetuju dengan beberapa langkah proaktif jangka pendek bagi menangani isu bekalan dan harga makanan dalam memastikan bekalan ayam kekal terjamin. 

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, langkah tersebut ialah mewujudkan kaedah pelaksanaan stokpail ayam untuk menangani kekurangan bekalan ayam di pasaran menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan melibatkan Pertubuhan Peladang secara gabungan dan akan mula dilaksanakan dengan serta-merta. 

Katanya, selain itu mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam dengan membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan khususnya penternak kecil dan sederhana iaitu tuntutan amaun subsidi berjumlah RM157.53 juta dapat dilaksanakan dengan kadar segera. 

“Memudah cara prosedur import (IP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) ke atas empat komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan melalui penangguhan fi permit serta mewujudkan laluan utama bagi proses kemasukan pantas sehingga bekalan ayam kembali stabil. 

“Langkah lain ialah mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai dengan proses kelulusan dalam masa tujuh hari bekerja berbanding dengan 30 hingga 90 hari yang akan memberi manfaat kepada 380 syarikat pengimport bahan makanan ternakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, seterusnya melaksanakan semakan semula ke atas tarif elektrik sektor agromakanan serta memberikan pengecualian khas bagi pengambilan pekerja asing dalam industri penternakan ayam. 

Katanya, langkah lain ialah mengkaji mekanisme mengurangkan kos minyak sawit mentah (crude palm oil) kepada syarikat-syarikat pengilangan makanan ternakan (feedmill operators) yang dikenal pasti bagi mengurangkan kos makanan ternakan. 

Sementara itu, Ronald berkata, sebanyak 1,644 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM113.2 juta telah diluluskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) setakat ini di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN